Friday, October 16, 2015

Kekayaan Setiausaha Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam perhatian SPRM


Penangkapan Dato' Mohd Arif Abd Rahman bekas Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana kes rasuah sebelum ini menyebabkan menyebabkan SPRM turut memberi perhatian terhadap Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian yang juga dikatakan mempunyai kekayaan luar biasa. 

Katanya banyak projek, permit dan ketua pengarah serta SUB jabatan diarahkan oleh SUSK Menteri untuk memberikan projek kepada semua kontraktornya. 



Gambar-gambar menunjukkan kemewahan SUSK Menteri Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.





Antara kenderaan mewah dimiliki oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian ini lalah Mercedes Benc C200 nombor Pendaftaran JRF83, Toyota Land Cruiser SUV V8, Ford Fiesta dan Volkswagen Passat.




Sebagai orang kanan menteri beliau rapat dengan Dato' Arif Abd Rahman ketika beliau sebagai KSU Kementerian Pertanian. Banyak projek disapu dan dibolot.


Selain itu orang kuat Menteri ini juga sering bermain golf dengan kontraktor atau pihak-pihak berkepentingan. Gemar bercuti diluar negara dan Isteri pula sering menggunakan barang-barang mewah seperti LV dan Couch. 









SPRM sedang menggempur beberapa kementerian, agensi dan GLC. Selepas KKLW kementerian menjadi tumpuan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ada SUB di kementerian pertanian telah membuat laporan kepada SPRM mengenai desakan Setiausaha Sulit Kanan ini bagi meluluskan projek-projek di Kementerian Pertanian. Mereka bimbang menjadi mangsa dalam senario SPRM memburu penjawat awam sekarang

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian perlu memantau perkara ini sebelum beliau menjadi mangsa terpalit dengan salah laku rasuah pegawainya sendiri. 

No comments:

Post a Comment