Friday, July 9, 2010
Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 1
Kami menerima satu dokumen kerajaan negeri Selangor seperti gambar di atas beberapa minggu yang lepas (Klik gambar untuk besarkan). Dokumen tersebut diterima daripada beberapa orang kontraktor yang mendakwa mereka telah dianiaya oleh kerajaan negeri Selangor. Ianya adalah berkenaan satu projek penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta dibawah peruntukan MARRIS dan membabitkan perlantikan kontraktor sebanyak 27 syarikat (masing-masing akan memperolehi lebih 100 ribu untuk tempoh setahun).
Sekali tengok macam surat biasa dan tidak ada apa-apa isu berbangkit. Tetapi apabila pihak kami menyiasat lebih lanjut, ianya ternyata menyerlahkan penyelewengan dan salahguana kuasa melibatkan pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Subang Jaya yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah kerajaan yang diwar-warkan sebagai telus dan berintegriti.
Surat ini juga menyerlahkan begitu rakus dan berkuasanya seorang Pegawai Kewangan Negeri yang bernama DATO’ MOHD ARIF ABDUL RAHMAN (seperti dalam gambar di atas) sehingga keputusan boleh dibuat oleh beliau sendiri dengan membelakangkan peraturan yang ada. Mungkin juga Dato Arif masih mengelamun teringat kerajaan yang lama yang pernah memberi beliau kuasa penuh untuk menyusun senarai kontraktor peribadi yang beliau rasa “layak” dan mampu memberi pulangan lumayan entah kepada siapa.
Mengikut maklumat yang kami dapat, senarai kontraktor untuk melakukan kerja tersebut telah dibuat oleh seorang pegawai yang tidak kurang hebatnya di MPSJ iaitu Puan AZURA. Yang lebih sensasinya pula, si Azura ni memang agak rapat dengan Dato Arif kerana Dato Arif pernah menjadi bos beliau sewaktu Dato Arif menjadi YDP MPSJ suatu ketika dahulu. Bagi Azura, Dato Arif lah bos beliau dulu kini dan selamanya. Entah apalah agaknya kesefahaman antara mereka berdua.
Setelah senarai kontraktor tersebut diserahkan kepada Dato Arif oleh MPSJ (Azura), beliau dengan segera meluluskannya melalui surat tersebut.
Soalan kami :
-apakah sebenarnya prosedur perlantikan kontraktor tersebut?
-siapakah yang bertanggungjawab memilih senarai kontraktor tersebut?
-apakah Dato Arif berkuasa penuh meluluskan permohonan tersebut tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak terlebih dahulu?
-siapakah EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam pemilihan kontraktor ini?
-adakah EXCO yang berkenaan terlibat juga dengan skandal ini?
Dalam isi kandungan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Dato Arif tersebut, ada dua isu yang perlu diberi perhatian serius yang secara terang telah menyalahi peraturan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang Dato Arif sendiri menandatanganinya sebagai pegawai kewangan negeri.
1.Perlantikan Kontraktor Secara Lantikan Terus
Agak menghairankan bagaimana Dato Arif sebagai pegawai kewangan negeri begitu jahil sehingga bertindak meluluskan perlantikan kontraktor tersebut secara lantikan terus. Mungkin juga nafsu serakah menenggelamkan akal waras beliau.
Kerajaan Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi telah mengumumkan bahawa sudah tidak ada lagi perlantikan kontraktor secara terus boleh dilakukan bagi membezakan kerajaan baru dengan kerajaan dulu. Semuanya akan dibuat secara tender terbuka. Perkara tersebut telah menjadi rasmi apabila diwartakan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor seperti berikut;
2. Kontraktor tidak berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN)
Setelah disemak daripada senarai 27 kontraktor yang diluluskan tersebut, hanya 6 kontraktor sahaja yang berdaftar dengan pihak UPEN sedangkan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor, “semua perolehan Kerajaan Negeri hendaklah menggunakan senarai kontraktor yang berdaftar dengan UPEN” sahaja.
Jadi, berdasarkan kepada 2 isu yang disebutkan di atas, amat jelas Dato’ Arif telah melakukan satu jenayah penyalahgunaan kuasa dan perlu di ambil tindakan oleh pihak berwajib dengan segera.
Kerajaan negeri Selangor dan SPRM perlu menangani isu ini dengan segera. Kami mendapat maklumat daripada “bahagian perisikan” kami bahawa pihak SPRM telahpun memulakan siasatan mereka terhadap kes ini.
Dato’ Arif bukan calang-calang orang. Kami harap SPRM tidak sama dengan BPR dulu. Kalau dulu sewaktu beliau bertugas di pejabat daerah Sepang, kes beliau menipu berkenaan pembelian kereta perdana milik peribadi telah di senyapkan gara-gara “hubungan” beliau yang agak istimewa dengan pihak BPR. Sekarang pun kami tahu yang Dato Arif masih ada hubungan istimewa dengan beberapa orang pegawai SPRM di Selangor dan di Ibu Pejabat. Tetapi kami masih menaruh keyakinan bahawa imej SPRM sudah jauh berubah dibandingkan dengan BPR dahulu. Semoga kayakinan kami tidak didustakan. Kami akan melihat dengan dekat sejauh mana kes ini berjalan.
Kepada sesiapa yang belum mengenali Dato Arif….tunggu!! Kami ada banyak lagi cerita menarik mengenai beliau untuk dikongsi bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment