Thursday, July 29, 2010
Skandal Selangor
Negeri Selangor tidak pernah sunyi daripada skandal. Entah badi apa yang melekat bagaikan mustahil untuk dibuang. Menteri Besar silih berganti, barisan EXCO silih berganti, pegawai kerajaan silih berganti, kerajaan negeri juga telah berganti, setiap yang datang akan ada skandal menunggu untuk membawanya pergi. Perempuan, wang dan kuasa tidak pernah sunyi daripada menjadi inti dan sari kepada setiap skandal.
Lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah kerajaan negeri Selangor, terlalu banyak skandal telah direkodkan. UMNO/BN amat sinonim dengan segala bentuk kejahatan. Hampir kesemua MB ada skandal dan hampir semua MB jatuh kerana skandal. Kita amat mengharapkan kerajaan baru pakatan rakyat dinegeri Selangor akan membawa cahaya baru dan akan dapat membebaskan Selangor daripada badi skandal yang bersepah dan membusuk yang dibawa oleh UMNO/BN. Mungkin perlu tepung tawar, jampi serapah dan doa munajat daripada pakarnya seperti Ismail Kamus dan Haron Din. Mungkin juga perlu pendedahan dan mainan media seperti yang dibawa oleh berpuluh malahan beratus blogger dan media baru yang bersepah di alam maya.
Yang jelasnya, kita benci skandal! Hancur skandal!!!!
Blog ini dibuat khusus untuk membenci skandal dan membongkar segala skandal yang ada di negeri Selangor supaya setiap pemimpin yang ada sentiasa beringat untuk tidak mendekatinya walau setapak.
Tidak kira siapa anda - MB, EXCO atau Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri. Sekiranya anda ada skandal, kami akan dedah dan paparkan di sini. Biar rakyat tahu dan biar mereka menilai.
Untuk makluman awal, kami dah punya maklumat tentang skandal melibatkan Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Selangor. Beliau memang berpangkat tinggi dan bercita-cita untuk naik lebih tinggi. Beliau begitu bermaharajalela di negeri Selangor sehingga tidak ada siapa yang berani menegurnya. Beliau juga amat licik dan pandai berpura-pura laksana sesumpah. Dan yang jelasnya, beliau adalah pusaka puaka peninggalan UMNO/BN yang perlu dihapuskan.
Siapakah dia???
Tungguuuuuu………
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment